Kepada K
Tahu aku bukan yang terbaik
Tahu aku ini menumpang
Menumpang menjadi hamba
Tiada apa yang perlu dibanggakan
Harta pangkat darjat
Aku ada mereka namun mereka tiada aku
Siapa lagi aku mahu bergantung
K
Aku ada kau seorang
Tempat berharap
Tempat berteduh
Tapi aku tahu dosa aku terlalu banyak
Aku tahu aku takkan dipercaya
Pokok langit sebagai saksi
Mungkin ketiadaan aku menyenangkan
Tiada aku baru ada harta
Tiada aku baru kesenangan
Menyamankan
Aku akan pergi
Jauh dari segalanya
Terima kasih atas segalanya
Aku sayang sangat
Sangat hargai.
Maafkan aku.
Comments